Thursday 15 October 2015

DARI GULA KEPADA MANISAN SEMULAJADI




Korang tau tak salah satu sebab kenapa kita susah sangat nak kuruskan badan? Sebenar ia juga adalah ekoran dari sikap kita yang suka makan gula. Pernah dengar pepatah ni.."Mati semut kerana gula"... Haa...kita pun boleh jadi macam semut jugak kalau nak tau...

Gula adalah pemanis makanan yang sering ditambah ke dalam hidangan. Bagi peminat pencuci mulut, gula dianggap hidangan penting. Terlalu banyak mengambil gula bakal menyumbang kepada segala macam penyakit. Gula bukan sahaja mengakibatkan tubuh dijangkiti diabetes malah menjadi punca kepada obesiti, penyakit jantung, kanser dan jangkitan otak. 

Oleh itu, cuba elakkan pengambilan gula dan dalam masa yang sama masih dapat menikmati keenakkan makanan. Antara cara terbaik yang boleh anda lakukan ialah dengan memilih makanan gantian gula yang lebih sihat dan memelihara kesihatan.

JOM TUKAR GULA KEPADA :

1) Sos epal

  ~sos epal mengganti tugas gula tanpa tambahan kalori. 1 cawan sos epal hanya mempunyai 100 kalori berbanding 1 cawan gula mengandungi 770 kalori.

2) Sirap Gula Perang

  ~sirap ini diperolehi daripada beras perang dan ia tidak mengandungi fruktosa.

3) Sirap maple

  ~sumber sirap ini adalah daripada pokok maple dan mengandungi hampir 70% sukros dan tahapfruktos yang rendah. Sirap ini juga kaya dengan antioksidan.

4) Lo Han

  ~ia adalah sejenis herba yang digunakan oleh masyarakat cina untuk menggantikan gula. Kaya dengan antioksidan dan tidak mempunyai kalori.

5) Sirap Agave

  ~sirap ini manis secara semulajadi. Hanya sedikit sahaja sudah memberi rasa yang manis berbanding gula. Namun sirap ini mengandungi kadar fruktos yang tinggi iaitu hampir 90%

6) Stevia

  ~daun stevia adalah pemanis semulajadi dan tidak mempunyai karbohidrat atau kalori. Ia juga tidak meningkatkan kadar gula dalam darah.

7) Molasses

  ~molasses ini kaya dengan nutrisi seperti zat besi, magnesium,kalsum dan potassium. Ia oekat, berwarna hitam juga kaya dengan mineral. Namun ia mengandungi kadar fruktosa yang tinggi.

8) Madu

  ~perlu pandai memilih madu kerana kebanyakkan madu yang komersil sama sahaja seperti gula. Madu asli kaya dengan sumber nutrisi dan boleh menyembuhkan penyakit seperti selesema dan batuk. Madu manuka dan madu asli timur tengah adalah antara madu terbaik dunia.


Kredit:Majalah Rapi 



********************


Walaupun rasa manis gula dengan manisan semulajadi tak sama, tapi fungsinya tetap sama. Mula-mula memanglah rasa pelik sikit, lama-lama...'alah bisa tegal biasa'. Jangan kita dok asyik fikirkan sedap sekarang, lebih baik kita fikirkan akibat akan datang. Prevention is better than cure, right??


Ingatan ni untuk diri Kak Lyn dan semua yang Kak Lyn sayang. Sebelum nak orang lain sayang kita, sayangi diri sendiri dulu yer.

Jumpa di lain entry.
Love~Kak Lyn..




********************


Nak order dengan harga menarik dan konsultasi percuma?

Boleh Hubungi saya:

Azlin bt Jaafar (Lin) : 012-3769117

Email: lindegreat@gmail.com
FB: Azlin Jaafar 


Pengedar Sah Shaklee, Khidmat COD Daerah Balakong, Seri Kembangan, Serdang dan kawasan sekitarnya




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

0 comments:

Post a Comment