Tuesday 13 October 2015

CERGAS DAN SIHAT DI PEJABAT


 



Sihat di pejabat

Kalau semalam kita dah share tips kurus & sihat untuk para ibu di rumah, hari ni kita share pulak tips sihat untuk yang bekerja di pejabat.

Dewasa ini, banyak kes-kes mati mengejut berlaku dikalangan para pekerja pejabat yang mana masih muda umurnya. Kebanyakkan kes adalah di antara yang berumur 40 - 50 tahun. Ia bukan fakta yang mengejutkan kerana ini adalah sesuatu yang common. Bagaimana kita nak pastikan diri kita ini sentiasa dalam keadaan sihat?? Duduk di dalam pejabat yang beraircond selama 8 jam bukanlah sesuatu yang sihat...ingat tu!!

Semakin banyak manusia berfikir, semakin lemah pula kemampuan fizikalnya kerana jarang digunakan. Oleh itu kita perlu melakukan sesuatu agak kesihatan fizikal dan mental kita seiring agar kita dapat melaksanakan rutin harian dengan sempurna.

BAGAIMANA?


1) Apabila anda parkir kereta, cuba letakkan jauh sedikit dari pejabat anda agar anda anda boleh berjalan jauh untuk masuk ke pejabat. Berjalan merupakan salah satu senaman yang baik untuk kesihatan anda.


2) Selepas sejam duduk mengadap komputer, adalah lebih baik anda bangun dari kerusi dan membuat sedikit regangan agar peredaran darah menjadi lebih sempurna. Selain itu, anda dapat mengelak dari berlakunya cramp. Ini juga dapat merehatkan mata dan dapat mengelakkan kerosakan pada mata anda.


3) Membawa bekalan air putih sendiri dari rumah juga sesuatu yang baik. Air putih lebih sihat kerana ia tidak mengandungi kalori. Berehat sebentar dengan minum seteguk air putih dapat mengurangkan berlakunya dehidrat kerana tahukah anda berada 8 jam dalam pejabat beraircond boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan. 


4) Sesekali, pejamkan mata dan tariklah nafas dalam-dalam untuk memastikan oksigen sentiasa cukup dan sampai ke otak anda. Kekurang oksigen ke otak boleh menyebabkan anda lemah dan mengantuk. Sebab itulah tengah-tengah syok buat kerja, tiba-tiba anda menguap sedangkan anda tidak mengantuk. Jika ini berlaku, berehatlah sebentar. Itu adalah isyarat yang dihantar kepada otak untuk menyatakan anda sudah kepenatan.


5) Jika pejabat anda berada di tingkat 10, berhentilah di tingkat 8 atau 9 dan selebihnya naiklah tangga. Ini juga adalah satu langkah yang baik untuk kesihatan diri dan memastikan anda sentiasa cergas dan bertenaga.


6) Akhir sekali, bukalah jendela di pejabat anda seketika untuk pengudaraan yang lebih sihat.


********************

Walau di mana kita berada, kita haruslah sentiasa sihat mental dan fizikal. Kurus tidak bererti anda sihat dan tak perlu ambil tahu mengenai langkah-langkah penjagaan kesihatan diri. Kita hendaklah sentiasa bersedia kerana banyak penyakit zaman ini adalah disebabkan oleh kesilapan kita sendiri.

Ingat tu sayang-sayang semua. Jaga kesihatan diri ok. Sebelum kita nak orang lain sayang kita, kita kenalah sayang diri kita sendiri dulu...betul tak??


Till we meet again....
Salam sayang peluk cium dari Kak Lyn



********************


Nak order dengan harga menarik dan konsultasi percuma?
Boleh Hubungi saya:

Azlin bt Jaafar (Lin) : 012-3769117

Email: lindegreat@gmail.com
FB: Azlin Jaafar 


Pengedar Sah Shaklee, Khidmat COD Daerah Balakong, Seri Kembangan, Serdang dan kawasan sekitarnya



 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

0 comments:

Post a Comment