Monday 1 December 2014

TIPS MENINGKATKAN METABOLISME


Assalamualaikum...

Hari ni kat opis orang sibuk pasal nak diet, nak kurus, nak pergi gym...blablabla... Ini semua gara-gara dapat berita sorg officemate masuk IJN akibat sesak nafas dan sakit dada. Kecoh lagi sebab member ni tak hisap rokok. Cuma saiz badan agak berisi. Dek kerana itu, isu nak kuruskan badan demi kesihatan timbul..

So, saya nak share sedikit ilmu sebelum kita sibuk-sibuk nak kuruskan badan.




TIPS MENINGKATKAN METABOLISME

Mengapa metabolisme tubuh rendah??
Berikut merupakan antara faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut.

  • Diet rendah kalori
  • Pengambilan makanan /minuman tinggi gula
  • Kurang bersenam
Cara mudah meningkatkan metabolisme tubuh


  1. Elakkan skip atau tangguh waktu makan
  2. Bersenam setiap hari
  3. Minum air sebanyak 8-10 gelas setiap hari
  4. Elakkan alkohol
  5. Kurangkan gula
Makanan peningkat metabolisme tubuh



  • kumpulan gandum yang kaya serat spt roti gandum, bubur gandum dan sereal bijian
  • kumpulan daging berprotein tinggi spt daging lembu yang tidak berlemak dan dada ayam tanpa kulit
  • kumpulan ikan air laut yang kaya dengan Omega 3 spt ikan salmon, tuna dan sardin
  • kumpulan cili yang mengandungi zat aktif  'capsaicin'
  • kumpulan sayur-sayuran spt brokoli, lobak merah, dan sayuran hijau spt sawi, bayam & kangkung
  • kumpulan buah-buahan serdehana manis dan berserat spt epal, belimbing dan pir
  • kumpulan minuman spt susu skim berkalsium tinggi,teh hijau dan air putih
Okey. Itu sebahagian kecil yang saya nak share. So, pepandai ler ek. Fikir-fikirkan dan selamat beramal...


Wassalam.


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 
AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

0 comments:

Post a Comment