Friday 12 December 2014

Sedapnya COKLAT tapi jangan berlebihan...




Assalamualaikum...

Korang suka makan coklat?? Ramai yang takut dengan coklat sebab dikatakan terlalu manis dan bahaya untuk kesihatan. Coklat juga dikatakan punca beberapa jenis penyakit seperti sakit gigi dan paling teruk adalah kencing manis. Ye ke coklat ini berbahaya kepada kita?? Jom kita rikki dulu...

Sedapnya makan coklat


Apakah ia coklat??


Coklat ialah sejenis bahan makanan yang mengandungi 3 bahan utama yang berasaskan koko seperti lemak koko, gula dan susu. Ini menjadikan coklat bukan sahaja enak dimakan malah kaya dengan zat makanan yang diperlukan. coklat mengandungi sumber tenaga yang tinggi bergantung kepada kandungan lemak, karbohidrat dan protein di dalamnya.

Terdapat 3 jenis coklat yang boleh kita dapati di pasaran iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat kosong (turut dikenali sbgi coklat pahit)


COKLAT SUSU


Berbanding coklat-coklat lain, ia mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik. Coklat susu mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsiun dan vitamin A dan vitamin B yang lebih tinggi. Kandungan protein dalam sekeping coklat susu boleh disamakan seperti anda memakan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal mahupun segenggam kismis.


COKLAT PUTIH


Mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Coklat putih seberat 100gram boleh menyumbang 18% tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia untuk bergerak lebih aktif seharian. Ia juga mengandungi kandungan kalsium yang tinggi. Sekiranya dibandingkan dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat jenis ini adalah kurang kerana tidak mengandungi likur dan serbuk koko.


COKLAT KOSONG/HITAM


Coklat jenis ini pula mengandungi kandungan lemak dan zat yang tinggi. Zat besi yanng terkandung dalam 100gram coklat kosong menyumbang 23% daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Namun, kandungan zat-zat lain dalam coklat ini agak rendah berbanding coklat-coklat lain kerana tidak mempunyai campuran susu.


Secara puratanya Coklat mempunyai:

 =15% lemak
 =6% protein
 =17% karbohidrat
 =15% tenaga
 =Vitamin dan mineral yang diperlukan

Coklat bukan sahaja makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:

  1. Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  2. Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  3. Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

So, ini BERITA BAIK kepada penggemar coklat. Makanlah...tapi harus berpada-pada...


Sumber: Majalah Rapi
  

 
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

0 comments:

Post a Comment