Friday 5 December 2014

PETUA DOLU-DOLU...



Assalamualaikum...

Jom kita baca lagi PETUA-PETUA orang lama. Saya suka nak share sbb kadang2 masih relevan untuk kita guna ketika di dapur. 


HINDARI PEDIH BAWANG

~ Nak tahu cara menghindari masalah pedih mata akibat bawang? Senang sangat!! Caranya; masukkan bawang ke dalam bekas berisi air dan rendamkannya seketika. Kemudian, potong bawang tersebut sebelum merendamkannya semula ke dalam air tadi. Siap...Sekarang mata anda pasti tidak pedih lagi.



TAUHU TIDAK MASAM

~ Bahan yang disimpan terlalu lama akan busuk. Begitulah juga dengan tauhu. Kini ada petua yang boleh digunakan agar tauhu tahan lama dan tidak masam. Mula-mula, bilas tauhu dengan air sehingga bersih. Selepas itu sapukan garam ke seluruh permukaan tauhu dan simpankannya ke dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan barulah dibilas semula.



RANGUPKAN BAWANG GORENG

~ Sebelum menggoreng bawang yang telah dimayang, gaulkan bawang-bawang itu dengan tepung gandum terlebih dahulu. Apabila kesemua bawang-bawang tersebut sudah diselaputi dengan tepung, barulah ia digoreng dengan menggunakan api yang perlahan sahaja. Nah!! bawang goreng akan lebih rangup dan sedap rasanya. Cubalah!!



AGAR-AGAR CEPAT BEKU

~ Agar-agar atau puding adakalany lambat membeku jika terlebih airnya. Bagi mempercepatkan proses pembekuan, sejukkan loyang agar-agar yang ingin digunakan di dalam peti sejuk (bahagian beku). Apabila ia sudah cukup sejuk, isikan agar-agar di dalamnya.. Hasilnya sangat memuaskan.



Ok. Cukup 4 dulu untuk kali ini. Jika ada lagi yang saya terbaca dan sesuai untuk kita-kita; saya akan share kan lagi di ruang ini. Sampai ketemu lagi...

Wassalam...


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 
AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

0 comments:

Post a Comment