Sunday 23 November 2014

SEKITAR AFFIN BANK CENTRAL REGION ANNUAL DINNER 2014


Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita perihal peristiwa yang berlaku semalam iaitu Annual Dinner 2014 Affin Bank Berhad yang berlangsung di Sunway Piramid Convention Centre. Tema untuk tahun ni adalah Movies and Musicals. Sporting juga staf-staf Affin ni. Ramai juga yang datang mengikut tema yang diberi. Walaupun ada yang hadir tidak mengikut tema, tp dorg tetap melaram habiss.


Banner yang sambut kami

Pengacara malam ni adalah Zainal Alam. Mulut Zainal ni memang tak reti berhenti bercakap. Memanjang pot pet..pot pet. Sesuai ler dia dipanggil menjadi pengacara majlis.

Selepas kehadiran Vvip, majlis dimulakan dengan persembahan oleh staf-staf Affin sendiri. Ada yang menyanyi, menari dan membuat sketsa. Serentak dengan itu, setiap meja dihidangkan dengan makanan2 yang enak. Selain dari itu, acara cabutan bertuah juga dimulakan.


Tema malam ini

Di awal kehadiran, rupanya ada mata-mata gelap berlegar di luar kawasan convention centre. Tugas mereka ialah memerhati dan mencari calon-calon BEST DRESSED untuk lelaki dan perempuan. 

Ada kriteria yang disediakan antaranya effort, creativity etc.



2 gambar di atas adalah sebahagian rakan-rakan pejabat yang hadir. Walau lelaki, tetap sporting nak ikut tema. Macam tu barulah CHILL!!

Acara kemuncak adalah cabutan bertuah bagi 3 orang yang BERTUAH!! Untuk tempat ke-3 hadiah berupa sebuah telefon bimbit Iphone 6+ berserta voucher BHP bernilai RM500. Tempat ke-2 dan pertama ialah voucher percutian yang masing-masing bernilai RM5000 dan RM10,000.

Amy Search~performance artist

Tepat jam 11 malam, dif-dif terhormat mula beredar, artis undangan mula menonjolkan diri mereka. Artis jemputan kali ini ialah...Pheew wit....Amy Search. Pada ketika ini, staf-staf dah mula ke depan. Amy memulakan persembahan dengan lagu "Tiada Lagi". Sambutan daripada staf memang best. Nyanyi sama-sama....Masa lagu Isabella...fuhh...memang meremang bulu roma dengar suara Amy secara live..

Amy punya performance selama 1 jam berakhir jam 12 tgh malam. Habis jer nyanyian Amy tu, maka berakhirlah juga Annual Dinner Affin Bank. So, masing-masing mula bersurai. Ada yang mengambil kesempatan bergambar dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah masing-masing.


p/s: korang nak tau, yg jadi Queen Amidala tu aku ler. Tak sangka lak leh dapat Best Dressed Female...kikiki.. Alhamdulillah...Rezeki dari Allah...Syukur..


I'm Your SHAKLEE Independant Distributor

AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
 SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment: