Monday 24 November 2014

PENAWAR DARI DAPUR ANDA


Assalamualaikum.

Hari ni saya nak share sikit penawar-penawar penyakit yang boleh kita dapati dari dapur. Barang-barang ini biasanya memang ada di dapur-dapur kita. Cuma, mungkin kita tak tau kegunaan/kelebihan yang boleh kita dapati dari nya selain sebagai penyedap dalam masakan. Khasiatnya bukan calang-calang juga. Lepas dah tau ni, bolehlah kita amalkan selalu memakannya kan...


BAWANG PUTIH KURANGKAN KOLESTROL


  • Bawang putih (Allium sativum) adalah herba semusim berumpun yang mempunyai ketinggian sekitar 60cm. Lebih dari 12 kajian telah menunjukkan bawang putih mampu menurunkan kolestrol dalam badan. Salah satu kajian dari terbitan The Journal of The Royal College of Physicians oleh Silagy CS dan Neil HAW pada tahun 1994 turut membuktikan bawang putih merupakan agen untuk mengurangkan lemak. Suplement bawang putih merupakan bahagian terpenting dalam penyembuhan kolestrol tinggi. Menurut kajian tersebut juga, secara keseluruhan sebanyak 12% penurunan kolestrol dapat dikurangkan dalam tubuh manusia.

KUNYIT AGEN ANTIBAKTERIA

  • Tahukah anda, di Asia Selatan kunyit digunakan sebagai antiseptik untuk luka? Ia juga digunakan sebagai agen antibakteria. Di beberapa negara Asia, kunyit turut diambil sebagai supplement makanan yang dipercayai dapat membantu melegakan masalah perut dan penyakit lain. Masyarakat di Pakistan pula menggunakannya sebagai agen antiinflamasi dan ubat untuk ketidakselesaan pencernaan berkaitan dengan sindrom kerengsaan usus dan gangguan pencernaan lain. 


PEGAGA LEGAKAN TEKANAN

  • Centella asiatica/hydocotyle asiatica/hydocotyle asiatica atau lebih dikenali dengan nama PEGAGA merupakan antara ulaman yang cukup popular dikalangan penggemar ulam.Dahulu kala, pokok pegaga ini dimakan oleh penduduk India dengan tujuan untuk memanjangkan umur. Ini kerana, menurut kajian pegaga mampu ,emgembalikan kesihatan diri dan dapat membantu mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan selain meningkatkan tindak balas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Selain itu, pegaga juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk dan melambatkan proses penuaan.


SOS TOMATO DAN KANSER 

  • Jom sekali-sekali kita ubah selera dari sos cili kepada sos tomato pula. Mungkin anda tidak sedar sos tomato sebenarnya mempunyai ramuan berkhasiat yang dipanggil likopen. Likopen berfungsi sebagai antioksidan yang kuat hingga mampu mengurangkan risiko kanser prostat, esophageal dan kanser payudara. Selain tomato, likopen juga boleh ditemui dalam buah betik, jambu batu merah dan anggur merah.

Betulkan?? Semua bahan ni sentiasa ada di dalam dapur kita. So, lepas ni bolehlah sentiasa amalkan memakan sumber makanan di atas. Sekurang-kurangnya kita dapat mengelak dari mudah diserang sebarang penyakit. Kan MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI?? 

Wallhualam...

Sumber: iSIHAT




I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment: