Friday 14 November 2014

MAJLIS GRADUASI MURID TAHUN 6


Assalammualaikum..

Kisah hari ni...Majlis Graduasi Tahun 6 di SK Tmn Sg Besi Indah. Sekejap je masa berlalu. Hazirah dah tamat persekolahan di peringkat sekolah rendah. Tahun depan akan melangkah ke fasa baru pula. Rasa macam baru lagi tengok dia amik sijil pada graduation day kat Tadika Merdu...

Ucapan kata aluan dr Guru Besar

Tiada yang istimewa hari ini melainkan meraikan anak-anak tahun 6 ini. Pemberian sijil tamat sekolah dan persembahan dari murid-murid sekolah. 
Persembahan pembukaan ialah Tarian Zapin dari murid-murid tahun 6. Hazirah pun ada masuk. Padanlah dia nak sangat aku datang. Suruh tengok dia menari rupanya.


Persembahan pembukaan
Tarian Zapin


Kemudian acara penyampaian sijil kepada murid-murid tahun 6. Sijil disampaikan oleh en Ismail bin Jaapar, Pen. Pengarang Bidang Pembangunan Syiar Islam dan Budaya, Sektor Pendidikan Islam dari Jabatan Pelajaran Selangor.

Hazirah terima sijil


Persembahan penutup pulak tiupan rekoder dari murid tahun 5. Main lagu "Kampungku". Sedap jer dengan melodinya..harmonic sesangat. Persembahan ni Najihah pula yang ada. Owh...anak-anak ku semuanya aktif dipentas rupanya.


Persembahan penutup tiupan rekoder



Habis je persembahan tiupan rekoder, selesailah sudah Majlis Graduasi Tahun 6 2014. Tunggu tahun depan pulak. Turn Najihah pulak bergraduasi.

Sekian. Wassalam.



I'm Your SHAKLEE Independant Distributor

AZLIN BINTI JAAFAR
ID No. 947971
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments:

  1. Tahniah Hazirah. Semoga terus berjaya & cemerlang di masa hadapan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas doa. Moga terus berjaya dunia dan akhirat. Dan menjadi kebanggaan agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete