Saturday 22 November 2014

Jom main masak-masak~#3 PUDING COCKTAIL favorite si anak

Assalamualaikum...

Selamat pagi...selamat berhujung minggu..
Sabtu; hari main masak-masak. Agak-agak hari ni kita nak masak apa ek??
Cuti sekolah dah bermula...anak-anak akan melekat kat rumah jer, Kena pulak hari ni nak tinggalkan dorg sebab nak gi Affin Bank Annual Dinner 2014...
So, kena buat something yang leh simpan dalam fridge. Lapar, leh amik...dan ulang lagi..hehehehe
Fikir punya fikir, tgk bahan kat dapur...rasa macam nak buat PUDING COCKTAIL
Jomss...Let's start!!

puding koktel berkuah
puding cocktail berkuah

PUDING COCKTAIL BERKUAH

Bahan-bahan:

2 biji telur
2 senduk gula
1 sudu esen vanila
1 tin susu cair
1 tin air
1 1/2 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn air)
bahan-bahan


Cara-cara:

Pecahkan telur dalam periuk, masukkan gula dan kacau. 
Masukkan susu cair, air, esen vanila, kastard. Kacau lagi sehingga sebati.
Kemudian, masak di atas api kecil. Perlu sentiasa dikacau untuk elakkan telur berketul2.
Agak2 dah pekat, masukkan setin cocktail. Kacau lagi sehingga masak @ pekat ikut selera masing2.
Sejukkan sebentar. Pastu baru masukkan dalam fridge.
Tadaa...siap..


Dah siap, tp tggu sejuk dulu


*Sedap dimakan dah sejuk....
 Dapat kat Najihah ni, kompom 4 mangkuk sekali hadap jer... 

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor 

AZLIN BINTI JAAFAR 
ID No. 947971 
SMS/WhatsApp/Telegram : 012-3769117 
Fanpage : www.facebook.com/superbnutrition 

 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

  1. Resepi yang mak buat masa saya dizaman sekolah. Saya belajar sejak itu kerana sy suka sgt2. Sekarang, turunkan pada anak2 sendiri pula. Yg no 2; Najihah suka sgt dan sekarang dia pun dah pandai buat sendiri..hehehe

    ReplyDelete