Friday, 10 October 2014

TERTEKAN? JOM ATASINYA DENGAN MUDAH DAN SIHAT


TANGANI TEKANAN DENGAN GAYA HIDUP SIHAT


Hidup di kota besar memang memenatkan. Tugasan kerja, masalah peribadi dan keadaan sekeliling boleh mempengaruhi dan membuatkan diri kita mudah tertekan. Akibat dari tekanan itu juga lah membuatkan kita sering merasa letih, resah, risau dan tekanan darah meningkat.

Dalam kehidupan, tekanan merupakan perencah yang mewarnai kehidupan kita. Namun tekanan yang berlebihan dan tidak diuruskan dengan cara yang baik boleh memberi kemudaratan kepada diri kita.



TIPS MENANGANI STRESS DENGAN MUDAH DAN SIHAT

1) Mandi dengan air suam utk membantu dan merehatkan otot yang tegang

2) Berbaring dan membuat senaman pernafasan.
    -> Tarik nafas dalam-dalam. Tahan beberapa saat dan hembus secara perlahan-lahan.
        Ulang beberapa kali sehingga anda terasa tenang

3) Luahkan masalah dengan bercakap atau bercerita kepada seseorang yang anda percayai atau menulis nya di dalam buku

4) Untuk redakan tekanan emosi, boleh juga diredakan dengan senaman seperti brisk walking, berbasikal, berjoging, berenang atau menari.

5) Antara yang menarik cara untuk menangani masalah anda ialah pergi ke suatu tempat lapang dan luas dan menjeritlah sekuat-kuatnya. Luahkan segala yang terbuku di dada. Selepas suatu ketika, anda pasti berasa lega.

6) Makan juga salah satu cara untuk menguruskan tekanan. Tetapi, dalam keadaan begini kita cenderung memilih makanan yang berkarbohidrat kerana ia merangsang otak dalam menghasilkan serotonin untuk kita lebih tenang. Jadi, sebelum memilih makanan, fikir dulu apa yang hendak di makan. Jangan nanti bertambah stress pulak bila badan naik bagai dipam-pam...hihihi

~~~~~~~~~~~~O-O~~~~~~~~~~~~

JOM TEST TAHAP STRESS ANDA SETAKAT INI

 Perhatikan gambar di bawah. Jika anda perhatikan ia bergerak, anda dikira agak stress atau mungkin sudah kepenatan. Berehatlah...






 Dah test?? Bergerak??? Tutup PC/laptop/tab/phone anda sekarang. Cari sesuatu yg hijau. Pandang ia. Jangan diseksa mata anda lagi...





******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease****** ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau ~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.

2 comments:

  1. Jangan Stres..makan b complex bagus juga untuk stres..semestinya b complex Shaklee

    ReplyDelete