Monday 27 October 2014

NYANYUK DIUSIA MUDA??





faktor-faktor nyanyuk
Keratan akhbar Harian Metro


Assalamualaikum....


Tajuk headline Harian Metro hari ini menarik minat saya. Satu lagi penyakit rakyat Malaysia yang baru dikalangan orang-orang muda. Kenapa saya kata muda??? Ini kerana telah ada kes nyanyuk diusia muda iaitu berumur 29 tahun. Belum pun mencecah "3 series" uolls..

Antara intipati di dalam akhbar ialah, peratusan kes orang muda nyanyuk menambah sebanyak 70% dalam tempoh Januari-Oktober 2014 berbanding tahun 2013. Berdasarkan kajian yang dilakukan di United Kingdom, menunjukkan sekurang-kurangnya 40 orang muda dalam 100,000 penduduk negara itu berisiko nyanyuk.

Menurut kata Pakar Neuropsikiatri HKL Dr Chee Kok Yoon, sehingga kini tiada penawar boleh menyembuhkan nyanyuk ia hanya boleh dilambatkan dengan mengambil beberapa jenis ubat yang disyorkan. 

Dr Chee juga menasihatkan agar orang ramai mementingkan penjagaan kesihatan dengan mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam serta menguruskan masa dan jadual kerja dengan baik. Tabiat pengambilan dadah dan rokok harus dihentikan bagi mengelakkan risiko nyanyuk muda. 

Sehingga kini, di Malaysia hanya ada 5 pakar Neuropsikiatri iaitu 2 di HKL, 1 di Hospital Sultanah Aminah, Johor, 1 di HUKM dan 1 di Hospital Pulau Pinang.




punca nyanyuk



Mengulas pendedahan pakar Pakar Neuropsikiatri HKL, pendakwah bebas Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz berkata terdapat beberapa saranan agama seperti membaca surah Yassin setiap kali lepas solat Subuh dan beristigfar selama 40 malam setiap kali lps solat Maghrib sehingga waktu Isyak. Kita juga perlu mengamalkan makanan sunnah seperti kismis, kurma serta biasakan minum susu sebelum tidur.


Sumber: Harian Metro


******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease****** ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau ~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.

0 comments:

Post a Comment