Sunday 19 October 2014

KHASIAT BUAH KIWI

KIWI UNTUK DIET DAN SIHAT
BUAH KIWI

Assalamualaikum...

Saya suka makan buah. Itu satu kenyataan yang tak dapat disangkal. Tak kira buah-buahan tempatan atau yang import. Selagi tak habis, saya akan makan dan terus makan. 
Enak sungguh makan buah. Lagipun makan buah ni banyak kebaikannya.

Hari ini saya beli 6 biji buah kiwi. So, hari ni ktorg kat rumah makan buah kiwilah. 
Jom kita baca tentang kiwi pula hari ni.

********************************

Buah yang berasal dari negara New Zealand ini ternyata mempunyai khasiat yang banyak untuk tubuh badan.Rasanya masam dan manis, layak dimakan untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh,sekali gus menjadikan kulit lebih cantik bermaya.

Terdapat 2 jenis buah kiwi,iaitu kiwi hijau dan kiwi emas.Kiwi hijau mempunyai isi berwarna hijau,manakala kiwi emas mempunyai isi berwarna kuning.

Rasa masam manis dan kandungan air pada buah ini membuatkan sesiapa yang memakannya berasa segar. Lebih-lebih lagi kandungan gizi yang terdapat di dalamnya amat baik untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan.

CIRI-CIRI:


VITAMIN C YANG TINGGI

Kiwi mengandungi 100 mg vitamin c dalam 100 gram beratnya,sedangkan buah limau hanya mengandungi sebanyak 54 mg di dalam 100 gram beratnya.Ini bererti ,kandungan vitamin c di dalam buah kiwi adalah 2 kali ganda daripada kandungan di dalam buah limau.


KAYA ANTIOKSIDAN

kandungan polifenol,karotenoid dan enzim-enzim lain membentuk antioksidan yang akan menghalang radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh badan. Hasilnya,tubuh akan menjadi lebih sihat dan terhindar daripada risiko pelbagai penyakit.


MENGANDUNGI LUTEIN DAN BETA KAROTEN

Khasiat daripada lutein dan beta karoten (vitamin A)berfungsi untuk memelihara kesihatan mata.Jadi,dengan memakan buah ini, penglihatan dapat dipelihara dgn baik.


MENGANDUNGI KALIUM

Kalium berfungsi untuk menjaga kesihatan jantung. Kiwi juga dapat membantu mengurangkan risiko penggumpalan darah yang menjadi punca penyakit kardiovaskular, mengawal kolesterol dan kandungan gula dalam darah.


MENGATASI MASALAH PENCERNAAN

Kiwi dpt membantu anda utk mengatasi masalah pencernaan seperti membuang air besar yang tidak teratur, masalah kembung perut dan sebagainya. Oleh itu,cuba amalkan memakan buah kiwi secara teratur.

CANTIK DENGAN KIWI

Selain untuk kesihatan, buah kiwi juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat membantu memelihara kulit wajah agar lebih sihat bermaya. Antara kegunaannya:~


  • sebagai MASKER ~ kulit lebih elastik dan segar
  • kulit jadi lebih bersinar, kurangkan kerutan,hilangkan lingkaran hitam bwh mata
  • kandungan antioksidan ~ membuatkan kulit lebih muda jelita
  • buah ini menghasilkan minyak omega-3
  • rendah kalori ~ sesuai untuk program diet



Banyak khasiat dan sedap. Selain buat jus, juga boleh dibuat hiasan pada kek, tart buah, puding dll. Cuba dulu menikmatinya. Pasti nak lagi...

That's all perkongsian tentang buah yg sy makan hari ini. next time kita cari cerita buah-buahan tempatan pula yer. See ya next cerita.

Wassalam.

kegunaan kiwi
kek buah
kegunaan buah kiwi
tart buah
kegunaan buah kiwi
puding kiwi













SUMBER: Majalah Mingguan wanita

SUMBER GAMBAR: Google


=========================
Ingin dapatkan supplement Shaklee??

Dapatkan dari Ejen Shaklee Seri Kembangan/Serdang/Balakong/Jalan Raja Chulan hari ini.

Hubungi segera :     SID Azlin Jaafar (947971)
                                Whatsapp/Telegram/We Chat: 012-3769117
                                FB : Azlin Jaafar
                                Page : Superb Nutrition

====================



Dapatkan penjimatan hebat product Shaklee sehingga 30% dengan mendaftar sebagai ahli shaklee!

******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease****** ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau ~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.

2 comments: