Thursday 16 October 2014

DELIMA MAKANAN SUNNAH

Buah delima

Hari ni nak cerita pasal buah Delima atau nama saintifiknya Punica granatum. Excited betul nak bawa balik dan tunjuk kat anak-anak. Kompom dorg tak penah tengok apatah lagi rasa buah delima ini. Tapi Al-hamdulillah, anak-anak tau juga buah delima ni makanan sunnah dan merupakan buah dari dalam syurga seperti  Firman ALLAH :


"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta 
pohon kurma dan delima”. 
[Surah al Rahman ayat 68].

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk 
menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai 
buahan daripada syurga.



Fakta mengenai Buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
  • Berasal dari Iran, Himalaya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean.
  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.


Khasiat Buah delima untuk kesihatan

  • Buah delima  mengandungi antioksidan. 
  • Buah delima  dapat melindungi jantung.
  • Buah delima   dapat  menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Buah delima dapat  mencegah dan mengubati kanser.
  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer
  • Buah delima  merupakan sumber nutrisi kerana ia memiliki sekitar 40% vitamin C harian untuk orang dewasa beserta folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit

  • Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
  • Kandungan gula buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung

  • Buah delima dikatakan dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. 
  • Dengan mengamalkan meminum jus buah delima dikatakan dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Buah delima kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dikatakan dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.


Buah delima



******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease****** ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau ~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.

0 comments:

Post a Comment