Monday 20 October 2014

BUAH-BUAHAN YANG KAYA VITAMIN C

buah-buahan kaya vitamin c

VITAMIN C merupakan salah satu vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan berfungsi untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Keperluan vitamin C dan mineral yang mencukupi di dalam tubuh dapat membantu mengelakkan pelbagai jenis penyakit. Mengambil vitamin C yang juga berfungsi sebagai antioksidan terbukti dapat menghalang virus, ataranya  yeng menyebabkan selsema.



VITAMIN C DALAM BUAH-BUAHAN 


      Vitamin ini mudah larut di dalam air dan apabila ia diambil melebihi dari keperluan yang sepatutnya,ia akn dibuang melalui air kencing. Ini kerana,vitamin C tidak akan disimpan di dalam tubuh dan ia akan digunakan setiap hari. Sekurang-kurangnya sejumlah 60-90 mg/hari vitamin C diperlukan bagi setiap orang dewasa. Namun,ia juga bergantung kepada keadaan tubuh dan daya tahan tubuh masing-masing. Maksimum sejumlah 1000 mg/hari boleh diambil intuk keperluan tubuh.


       Kekurangan vitamin C blh menyebabkn pendarahan gusi,gangguan saraf dan sakit pada bahagian otot.Sekiranya tubuh tidak mendapat vitamin C,ia blh menyababkn anemia,mudah mendpt jangkitan dan kulit yang kasar.Sebaliknya,vitamin C berlebihan pula boleh menyebabkn cirit birit dan apabila keterlaluan mendapat vitamin C ia blh menyababkn batu karang,kecuali jika vitamin C berlebihan itu didapati daripada buah-buahan ia tidak akan mendatangkn kesan sampingan.

      Makanan yang mengandungi vitamin C lazimnya adalah dari buah-buahan dan sayur-sayuran.Tidak semestinya,buah-buahan yang mengandungi vitamin C berwarna kuning atau oren,tatapi juga boleh didapati daripada jambu batu atau dlm bahasa inggerisnya 'Guava' yang mengandungi vitamin C paling tinggi.

      Beberapa jenis buah lain yang mengandungi vitamin C adalah seperti epal,ia mengandungi vitamin c yang tinggi pada kulitnya.


KANDUNGAN VITAMIN C PADA BUAH (mg/100g)


  • Jambu batu = 183
  • Kiwi = 100
  • Betik = 62
  • Oren = 53
  • Tembikai = 42
  • Anggur = 34
  • Limau mandarin = 31
  • Buah sukun = 29
  • Mangga = 28
  • Nanas = 15
  • Pisang = 9
  • Avocado = 8

Banyaknya khasiat dalam buah. Bagusnya kalau kita dapat makan buah yang enak ni dan sekaligus dapat manfaat dari vitamin yang terdapat di dalamnya ie untuk kulit kita. Jom makan buah...

SUMBER: Majalah Mingguan wanita

SUMBER GAMBAR: Google


=========================
Ingin dapatkan supplement Shaklee??

Dapatkan dari Ejen Shaklee Seri Kembangan/Serdang/Balakong/Jalan Raja Chulan hari ini.

Hubungi segera :     SID Azlin Jaafar (947971)
                                Whatsapp/Telegram/We Chat: 012-3769117
                                FB : Azlin Jaafar
                                Page : Superb Nutrition

====================

                                                

******these statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intend to diagnose, treat, cure or prevent any disease****** ~>Hubungi saya dengan SMS/Whatsapp ke no 0123769117 atau ~~>Email ke lindegreat@hotmail.com untuk maklumat lanjut.

0 comments:

Post a Comment