Friday 12 April 2013


Kenapa Pilih Breastfeeding?

Apa yang kita faham tentang penyusuan? Bukan sekadar ingin bekalkan bayi susu penuh khasiat malah lebih dari itu. Pernahkah kita membayangkan yang penyusuan adalah lebih hebat dari itu? Ye memang benar kerana "bonding" atau "ikatan" antara ibu dan anak lebih erat apabila si ibu mengamalkan penyusuan susu ibu.

Selain dari yang umum diketahui, susu ibu membekalkan semua khasiat yang diperlukan tidak mengira berapa usia bayi tersebut. Susu ibu sentiasa sesuai pada bila-bila masa, tempat dan keadaan. Malah untuk bayi pra matang, susu ibu merupakan yang terbaik untuknya.


Penyusuan Menyamankan Bayi

Bayi mana yang tidak sukakan payudara ibunya betul tak? Yang paling jelas bila menyusu saja matanya terpejam, oh sungguh asyikla tu. Sampai kadang tu tertidur. Memang penyusuan sangat menyamankan bayi umpamakan kita yang dewasa ni kalau pergi spa bila orang urut boleh terlelap jadinya. Bayi merasa selamat dalam dakapan ibu. Sangat memberikan keselesaan pada bayi dan bukankah itu caranya kita membelai bayi sendiri? Kalau susu botol tidak senyamana ini kerana tiadanya sentuhan dari kulit ke kulit.





Penyusuan Menghilangkan Kesakitan

Kajian menunjukkan yang penyusuan mengurangkan kesakitan pada bayi. Perasan atau tidak bila bayi kita sakit, dia akan lebih kerap ingin bersama kita dan mungkin kerap menyusu. Masa ini pelukan dari seorang ibu membuatkan bayi yang sakit semakin pulih.


Penyusuan Melenakan Bayi

Menyusu boleh membuatkan bayi mengantuk? Iya, jangan berasa pelik kerana ianya ada sebabnya.  Badan ibu menyalurkan hormon "cinta" dan menyalurkan melalui susu ibu semasa bayi menghisap. Bayi akan terlena dalam dakapan ibu secara semulajadi.


penyusuan susu ibu



Kelebihan Sentuhan Kulit Ke Kulit

Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi akan menyebabkan hormon oxytocin meningkat. Inilah yang dinamakan hormon "cinta". Ia akan membuatkan kedua-dua ibu dan bayi merasa keadaan yang sangat selesa dan sudah tentu hanya ibu yang menyusukan dapat merasa sifat keibuaan yang tinggi pada waktu ini. Bukan senang tau dapat merasa perasaan yang unik ini. Hanya ibu yang menyusukan bayi sahaja dapat merasakannya. Dan hormon oxytocin yang berlarutan sepanjang penyusuan juga dapat menghindarkan ibu dari diserang sakit jantung! Subhanallah besarnya nikmatnya.

Jadi apa lagi yang kita ragukan tentang penyusuan ibu? Semuanya almost perfect kan. Tahniah kepada ibu-ibu yang begitu setia menyusukan anak masing-masing. Bukan senang untuk disiplinkan diri tapi pengalaman ini tidak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit.


Kredit to Mummy Wan

0 comments:

Post a Comment